Wednesday 7 December 2011

Kegunaan Alatan



Sabun

Sabun digunakan untuk membersihkan kekotoran di badan. Kekotoran ini adalah seperti daki, minyak, sisa makanan, lumpur, habuk dan sebagainya. Sabun digunakan ketika mandi untuk menghilangkan bau badan dan peluh. Sabun juga digunakan semasa mencuci tangan.


Ubat Gigi/ Berus Gigi

Ubat gigi penting ketika kita hendak menggosok gigi. Ubat gigi digunakan untuk membersihkan gigi dari kekotoran dan bau yang busuk. Ubat gigi juga mempunyai florida yang membantu menguatkan gigi dan mengelakkan gigi kita daripada rosak. Berus digunakan untuk membersihkan kekotoran di celah-celah gigi. Kita memberus gigi 2 kali satu hari.


                              Syampu

Syampu digunakan untuk membersihkan rambut. Syampu memberikan kebersihan, kesegaran, dan bau yang wangi kepada rambut kita. Penggunaan syampu yang teratur dengan betul akan menyihatkan rambut kita.





Tuala

Tuala digunakan untuk mengelap badan selepas mandi. Tuala akan mengeringkan air yang berada di badan kita. Tuala juga boleh membersihkan badan yang berminyak dan kekotoran yang melekat pada badan. 



No comments:

Post a Comment