Wednesday 7 December 2011

Kegunaan Alatan



Sabun

Sabun digunakan untuk membersihkan kekotoran di badan. Kekotoran ini adalah seperti daki, minyak, sisa makanan, lumpur, habuk dan sebagainya. Sabun digunakan ketika mandi untuk menghilangkan bau badan dan peluh. Sabun juga digunakan semasa mencuci tangan.


Ubat Gigi/ Berus Gigi

Ubat gigi penting ketika kita hendak menggosok gigi. Ubat gigi digunakan untuk membersihkan gigi dari kekotoran dan bau yang busuk. Ubat gigi juga mempunyai florida yang membantu menguatkan gigi dan mengelakkan gigi kita daripada rosak. Berus digunakan untuk membersihkan kekotoran di celah-celah gigi. Kita memberus gigi 2 kali satu hari.


                              Syampu

Syampu digunakan untuk membersihkan rambut. Syampu memberikan kebersihan, kesegaran, dan bau yang wangi kepada rambut kita. Penggunaan syampu yang teratur dengan betul akan menyihatkan rambut kita.





Tuala

Tuala digunakan untuk mengelap badan selepas mandi. Tuala akan mengeringkan air yang berada di badan kita. Tuala juga boleh membersihkan badan yang berminyak dan kekotoran yang melekat pada badan. 



Kebersihan Anggota Badan

         
Kebersihan Anggota badan amat penting kepada manusia. Cara yang biasa digunakan untuk membersihkan diri adalah dengan mandi. Tahukah kamu bagaimanakah cara yang betul untuk mandi?

Apakah alatan yang perlu digunakan untuk mandi?

Cuba lihat perkataan di bawah.

SABUN


AIR

SYAMPU

UBAT GIGI

BERUS GIGI




Di manakah kita boleh menjumpai peralatan itu?
( Di ruang tamu / Di bilik mandi )


Latihan sebutan dan pengecaman

Sebutkan nama benda ini dengan betul.


 /BERUS GIGI/

 




/SABUN/
  /TUALA/

 

   


 /SYAMPU/

  /UBAT GIGI/

Sunday 16 October 2011

Pengurusan Diri

Anggota Badan
Mari mengenal anggota badan kita
Anggota badan kita terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian kepala, bahagian badan dan bahagian kaki.
Dapatkah murid-murid sebutkan apakah nama anggota badan di bawah ini?











-Anggota badan saya
Cuba kamu tunjukkan bahagian badan kamu yang sama seperti di dalam gambar di sebelah

anggota kepala

Bahagian kepala manusia terdiri daripada anggota :

1. Mata
2. Hidung
3. Mulut
4. Telinga
5. Dahi
6. Lidah
7. Pipi
8. Leher
6. Dagu